• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tolonglah! Saya Merayu, Saya Ada Anak’ – Along Cham

oleh AK-47
20/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
‘Tolonglah! Saya Merayu, Saya Ada Anak’ – Along Cham
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – “Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan, saya ada anak nak sekolah”.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Demikian rayuan pelakon, Along Cham selepas Hakim, Ahmad Fuad Othman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, pada Jumaat.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, memiliki dadah jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin.

Terkejut dengan perkara itu, pengacara dan penyampai radio berkenaan merayu agar dilepaskan dengan jaminan memandangkan keluarganya, telah melantik peguam untuk mewakilinya.

Muhammad Nizamudin: Saya sepatutnya direman selama empat hari, tapi saya hanya dimaklumkan akan didakwa hari ini, jadi agak kelam kabut.

Hakim: Di mana peguam kamu?

Muhammad Nizamudin: Keluarga sudah hubungi dan beritahu telah melantik peguam.

Hakim: Peruntukan undang-undang telah nyatakan, kes ini tidak boleh dijamin.

Muhammad Nizamudin: Saya merayu, saya janji, sumpah akan beri kerjasama.

Hakim: Kes ini tidak boleh dijamin, jika peruntukan undang-undang menyatakan boleh dijamin, bolehlah saya pertimbangkan.

Sementara itu, peguam, Mohd Fadly Hashim memperkenalkan diri dan memohon maaf kerana lewat memasuki mahkamah.

Mahkamah kemudiannya mengekalkan tertuduh tidak diberi ikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis anggaran berat 2.07 gram, di lokasi sama, masa dan tarikh serupa.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kes ini, Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan pelakon filem ‘Bro, Nampak Motor Gua?’ itu dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 28 Februari tahun depan.

-Sinar Harian

Tags: Along Chamdadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd