• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

oleh Mohd Arshad
14/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa dan doktor berhubung isu mayat bayi lelaki ‘disimpan’ dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang berikutan ibu bapanya tidak menjelaskan bil rawatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua doktor semalam.

“Kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu mayat bayi lelaki ‘disimpan’ dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, kerana ibu bapanya tidak menjelaskan bayaran bil.

Hussein dilaporkan berkata, polis menerima satu laporan daripada bapa kepada bayi terbabit semalam.

Beliau berkata, laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menanganinya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan bapa kepada bayi lelaki dinamakan Adham, Safwan Roshdy kecewa dan sedih dengan tindakan hospital ‘menahan’ mayat bayi lelakinya itu selama 16 hari.

Pekerja kilang itu berkata, anak sulungnya yang dilahirkan tidak sempurna tanpa sebelah mata, hidung dan lubang dubur meninggal dunia beberapa minit selepas kelahiran.

Bagaimanapun, dia mendakwa pihak hospital tidak membenarkan dia menuntut jenazah bayinya itu sehingga bil rawatan dijelaskan.

Sebelum ini tular perkongsian Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Facebook mengenai pengurusan jenazah bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Pengasasnya berkongsi di FB Mr Wan Cai Official, memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan air panas bercampur air paip untuk memandikan jenazah bayi lelaki yang dinamakan Adham apabila mayat didakwa disimpan di peti sejuk mayat sebuah hospital swasta selama dua minggu, hanya disebabkan ibu bapa arwah gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.

BHonline-

Tags: doktoribu bapajenazah bayi bekuketerangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd