• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

oleh Mohd Arshad
14/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang Merah 2024 di Daerah Umphang, Wilayah Tak, utara Thailand, lewat malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bom dipercayai bahan letupan buatan sendiri itu meletup berhampiran pentas konsert ketika penonton sedang menyaksikan persembahan kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan.

Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.

Sebagai tindak balas segera, Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan usaha pantas untuk memburu pelaku dan mengarahkan pihak berkuasa memberikan sokongan segera kepada mangsa yang cedera.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Jirayu Huangsub, berkata Perdana Menteri mengarahkan Ketua Polis Negara dan agensi keselamatan tempatan untuk mengutamakan penjagaan yang cedera, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengerahkan sumber untuk mengumpul bukti dan menangkap pelaku dengan segera.

“Selain itu, beliau mengarahkan polis, pegawai pentadbiran dan anggota keselamatan seluruh negara untuk meningkatkan langkah keselamatan di pameran itu sepanjang tempoh ini.

“Ini termasuk menjalankan pemeriksaan bahan berbahaya untuk memastikan keselamatan awam,” kata Jirayu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga si mati dan yang cedera.

“Beliau telah menugaskan agensi berkaitan untuk membantu keluarga mangsa dengan menampung perbelanjaan perubatan dan memberikan pampasan kewangan kepada si mati, mengikut peraturan.

“Langkah-langkah ini akan dilaksanakan segera, dengan laporan kemajuan diserahkan kepada Perdana Menteri,” tambah Jirayu.

Sementara itu, media tempatan Thailand melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai mengesahkan seorang suspek ditangkap dan menolak keganasan atau aktiviti militan, mencadangkan insiden itu mungkin berpunca daripada pertembungan antara kumpulan belia.

Polis di Wilayah Tak mengesahkan dua pemuda yang mempunyai kaitan dengan pengeboman itu telah ditahan untuk disoal siasat awal pagi tadi.

BHonline-

Tags: BomKonsertmautThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

16/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja menegaskan semula komitmen kedua-dua negara terhadap Perjanjian Damai Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim....

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

10/11/2025
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan negara jiran, Kemboja, susulan insiden letupan periuk api yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd