• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

oleh Mohd Arshad
08/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming disyaki rebah akibat kepenatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @kemeyyhakim memaparkan Khairul Aming menerima rawatan di sebuah klinik dengan keadaannya yang terbaring di atas katil sambil ditemani beberapa sahabatnya.

Berdasarkan beberapa rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain pada Sabtu, beliau memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan iaitu cirit-birit.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mendakwa pempengaruh tersebut berdepan dengan keletihan melampau dan kekurangan tidur yang menyebabkan dia rebah.

Sebelum ini, Khairul Aming mengetuai pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Misi tersebut berjaya digerakkan lebih kurang seminggu dengan bantuan daripada orang ramai yang terdiri daripada makanan dan pakaian.

SinarHarian-

Tags: Khairul Amingmisi bantuan banjirrebah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rembayung Mahal? Ini Soal Pilihan…

Rembayung Mahal? Ini Soal Pilihan…

07/01/2026
0

AIR mineral yang sama brand akan dijual pada harga yang lain-lain ...ikut lokasi.... Biasanya lebih mahal bila tempat ia dijual...

Khairul Aming Umum Restoran Pertama ‘Rembayung’, Pelaburan Terbesar Bernilai RM4 Juta

Khairul Aming Umum Restoran Pertama ‘Rembayung’, Pelaburan Terbesar Bernilai RM4 Juta

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran fizikal pertamanya yang dinamakan Rembayung, sekali gus menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd