• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

oleh Mohd Arshad
03/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama suaminya di Mahkamah Majistret Yong Peng di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan harta curi berupa barang kemas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Norjahan Ismail, 35, yang juga dalang dengan suaminya, Muhammad Ibrahim Md Yusof, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, pasangan itu dituduh menyimpan harta curi berupa rantai tangan dan rantai leher, dua bentuk cincin serta seutas jam tangan Rolex milik dua individu berusia 39 dan 68 tahun.

Kedua-dua kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, jam 1 tengah hari, 25 September lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan kesalahan sama dengan menyimpan 16 utas barang kemas berupa rantai, cincin, gelang tangan, loket emas, serta kad mengandungi wang tunai asing milik wanita berusia 49 tahun.

Kejadian ini didapati berlaku di sebuah rumah di Jalan Rambutan 3, Taman Wangi, di sini, jam 10.40 pagi, 15 Ogos lalu.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Mehnagha Luckhmana.

Susulan pengakuan tidak bersalah, mahkamah menetapkan 7 Januari ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Mahkamah juga membenarkan Norjahan diikat jamin RM18,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu Norjahan perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Manakala ikat jamin terhadap Muhammad Ibrahim tidak ditawarkan memandangkan mahkamah lain sebelum ini turut membuat keputusan sama selain tertuduh memiliki banyak rekod jenayah lampau serta pernah dijatuhi hukuman.

Sebelum ini, polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah terdiri daripada etnik Rohingya dengan seorang daripada tangkapan adalah seorang wanita yang mempunyai banyak rekod jenayah.

Seramai enam suspek etnik itu yang ditahan pada 29 September lalu di Kota Tinggi, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah di negeri ini dan Melaka.

Kumpulan berkenaan turut aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Melaka.

Tertuduh wanita pula didakwa terbabit dalam kes pecah rumah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

BHonline-

Tags: Didakwapecah rumahWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd