• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini sejauh 20 kilometer (km).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, pihaknya menerima laporan dari pengadu berhubung kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Padang Luas kira-kira jam 9 pagi sebelum dia membuat laporan polis pada 3.44 petang, semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat orang awam serta risikan polis, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Jertih bersama unit peronda serta pasukan penyelamat banjir daerah Besut berjaya mengesan kenderaan dilarikan berada sekitar kawasan Jertih.

“Suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis dan berlaku kejar mengejar sejauh 40 kilometer sebelum seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun berjaya ditahan.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod lampau kesalahan membabitkan jenayah serta didapati positif Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tempoh 14 tahun bagi kesalahan pecah rumah dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda bagi kesalahan mencuri kenderaan.

Beliau berkata, suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga 4 Disember.

BHonline-

Tags: curi keretamyvipolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd