• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion

oleh Mohd Arshad
27/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam tuduhan pecah amanah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tuduhan itu membabitkan harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan ratusan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan pembelaan, walaupun pertuduhan telah difailkan sejak 2018.

Dokumen-dokumen yang terbabit termasuk rekod mesyuarat Kabinet serta dokumen daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, dan Kementerian Pengangkutan.

Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan permohonan Najib dan Mohd Irwan melalui permohonan notis usul difailkan kedua-dua tertuduh hari ini.

Muhammad Jamil dalam keputusan ringkasnya berkata berdasarkan fakta dan hal keadaan kes ini, mahkamah menggunakan kuasa sedia ada, untuk memerintahkan tertuduh pertama dan tertuduh kedua dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada keenam-enam pertuduhan.

“Alasan ringkas saya yang pertama, pendakwaan tidak memenuhi sepenuhnya Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan yang kedua, perintah DNAA tidak memprejudiskan kes pendakwaan.

Pendakwaan boleh menuduh kedua-dua tertuduh semula.

“Ketiga, kes ini didaftarkan pada tahun 2018 namun perbicaraan tidak dapat diteruskan walaupun tarikh perbicaraan telah ditetapkan beberapa kali kerana pendakwaan tak memenuhi sepenuhnya peruntukan Seksyen 51A CPC.

“Ini adalah suatu kelewatan melampau. Permohonan tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Mohd Irwan) dalam notis usul dibenarkan.

“Oleh itu tertuduh pertama dan kedua dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA daripada keenam-enam pertuduhan. Wang jamin dikembalikan kepada penjamin,” katanya.

Pada 25 Oktober 2018, Najib dan Mohd Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah ke atas harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 hingga 18 Disember 2017.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berita lanjut menyusul

BHonline-

Tags: bebasDatuk Seri Najib Razakpecah amanahTan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd