• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Kedua Tarik Diri Kes Rayuan Najib Saman Tommy

oleh AK-47
19/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hakim Kedua Tarik Diri Kes Rayuan Najib Saman Tommy
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kes rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam, ditangguhkan susulan Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Faizah Jamaludin memberi alasan suaminya pernah berkhidmat dengan syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC).

Pada permulaan prosiding hari ini, hakim itu memberitahu semua pihak terbabit dalam kes rayuan itu bahawa suaminya baharu bersara setahun lalu dari jawatannya.

Susulan itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hashim Hamzah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Faizah menangguhkan rayuan itu sehingga 3 Disember ini untuk pengurusan kes.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib sebelum itu mengemukakan permohonan lisan agar Faizah menarik diri dari mendengar rayuan berkenaan.

Semakan di laporan sebuah portal mendapati suami hakim berkenaan dilantik sebagai pengerusi jawatan kuasa eksekutif (EXCO) yang juga sebahagian daripada perkhidmatan disediakan oleh PwC kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu Peguam Alan Adrian Gomez yang mewakili Thomas berkata walaupun beliau tidak melihat apa kaitan syarikat PwC dengan saman Najib terhadap anak guamnya, beliau tidak membuat sebarang bantahan demi keadilan.

Faizah adalah Hakim Mahkamah Rayuan kedua yang menarik diri daripada kes berkenaan.

Sebelum ini pada Oktober 2023, Hakim Datuk Azizah Nawawi, berbuat demikian atas alasan suaminya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang kini sudah bersara, pernah berkhidmat di bawah Tommy di Jabatan Peguam Negara.

Najib melalui saman difailkan pada 22 Oktober 2021, mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang sudah dirancang lebih awal oleh Thomas selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Beliau mendakwa pada 2015, Thomas berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan dan salah urus yang didakwa dilakukan pada dana 1MDB, serta menasihatkan Dr Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung pembabitan dalam syarikat pelaburan negara itu.

Pada 25 November 2022, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib tanpa perbicaraan penuh.

Najib menyaman Thomas kerana mendakwa beliau telah dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Dalam saman yang difailkan Najib, beliau berkata, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

-Berita Harian

Tags: Hakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd