• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

oleh AK-47
16/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya dalam kejadian di Jaya Gading di sini, Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian menimpa gadis berusia 18 tahun berlaku kira-kira jam 4 petang ketika dia berada di tempat kerjanya.

Menurutnya, mangsa yang baru bekerja dua minggu mendakwa didatangi suspek berpura-pura sebagai pelanggan.

“Suspek bertanyakan tentang barangan kosmetik yang dijual dan berborak tentang barang kemas yang dipakai mangsa.

“Mangsa mendakwa telah serahkan gelang, rantai dan cincin emas yang dipakai kepada suspek tanpa disedari,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan barang kemas miliknya itu selepas suspek keluar dari kedai.

“Mangsa turut menyedari resit pembelian barang kemas itu juga tiada dalam simpanan.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan wanita itu juga tidak pernah datang kedai tersebut sebelum ini,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis pada hari berikutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu katanya, polis kini sedang mengesan suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mengenali wanita tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Video kejadian berdurasi satu minit 21 saat turut tular di media sosial memaparkan suspek memasuki sebuah kedai kosmetik dan mendekati pekerja terbabit sebelum mengambil barang kemas milik mangsa.

-Sinar Harian

Tags: barang kemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd