• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM3b, Meningkat RM470j Berbanding 2024

oleh Mohd Arshad
15/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selangor Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM3b, Meningkat RM470j Berbanding 2024
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini membentangkan Belanjawan Selangor 2025 berjumlah RM3 bilion, meningkat sebanyak RM470 juta berbanding RM253 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bertemakan Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani, Belanjawan Selangor 2025 merangkumi RM1.7 bilion atau 56.7 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.3 bilion atau 43.3 peratus perbelanjaan pembangunan.

Ia mengandungi lima teras fokus kepada Kecerdasan Buatan dan Pendidikan Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negeri; Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti; Memupuk Negeri Penyayang; Menjuarai Tadbir Urus Cekap dan Wibawa serta Membugar Ekonomi Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda.

Menurut Amirudin, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan adalah komponen terbesar dalam Belanjawan Selangor 2025, mencakupi 38.7 peratus daripada perbelanjaan mengurus kerajaan negeri.

“Ini termasuk pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam, khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelenggaraan membabitkan 26 jabatan serta elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Selain itu, peruntukan bagi elaun jawatankuasa dan petugas masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan Mahkamah Rendah Syariah,” kata Menteri Besar dalam pembentangan di Dewan Undang Negeri (DUN), di sini.

Amirudin berkata, anggaran belanja pembangunan bagi 2025 akan memberi lebih tumpuan terhadap sektor infrastruktur berbanding sektor sosial, merangkumi 31.09 peratus daripada peruntukan pembangunan.

Katanya, peruntukan RM404.17 juta itu akan fokus kepada kerja-kerja naik taraf infrastruktur bagi menyokong keterjaminan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal lebih efisien serta naik taraf infrastruktur jalan raya dan saliran.

“Sebahagiannya bagi promosi Tahun Melawat Selangor 2025 serta persediaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026,” katanya.

Mengenai status dana Kumpulan Wang Disatukan, beliau berkata, ia meningkat sebanyak RM751.46 juta, iaitu daripada RM3.614 bilion pada akhir 2023 kepada RM4.365 bilion.

“Kedudukan rizab semasa negeri pada 7 November lalu adalah sebanyak RM4.37 bilion. Hasil negeri juga mencapai jumlah kutipan RM2.429 bilion setakat 13 November lalu daripada anggaran hasil tahun ini sebanyak RM2.2 bilion,” katanya.

Katanya, Selangor merekodkan purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus, melebihi sasaran purata KDNK bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), antara 6.5 hingga 7 peratus.

“Kejayaan ini menjadi asbab RS-1 akan disambung kepada RS-2 bagi tempoh 2026 hingga 2030. Antara sasaran utama ingin dicapai adalah mengekalkan Selangor sebagai peneraju ekonomi negara dengan meningkatkan lagi nilai sumbangan KDNK negeri dan negara,” katanya.

BHonline-

Tags: Belanjawan Selangor 2025selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd