• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

oleh Mohd Arshad
13/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di bawah majlis itu hanya bersifat sementara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata ibu bapa atau penjaga yang dikenakan tindakan senarai hitam oleh Mara, tidak layak untuk memohon kemasukan bagi anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Rubiah bagaimanapun berkata, tindakan itu hanya sementara dan boleh ditarik semula jika, peminjam atau ibu bapa pelajar tampil kepada Mara untuk membuat penyesuaian.

“Sistem senarai hitam dikenakan kepada mereka yang tiga bulan tidak membayar pinjaman namun ia bersifat sementara tujuannya mahu peminjam datang kepada Mara dan selesaikannya.

“Jika tidak mampu bayar, kita boleh membuat penyesuaian semua, lepas berjumpa selalunya mereka akan membayar dan secara automatik senarai hitam tiada lagi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan (BN-Paya Besar), Datuk Mohd Shahar Abdullah yang mahu tahu sama ada tindakan senarai hitam kepada peminjam atau ibu bapa boleh dihapuskan supaya anak mereka juga mendapat akses kemasukan ke MRSM.

Pada masa sama, Rubiah berkata, syarat kemasukan pelajar ke MRSM ialah calon, ibu dan atau bapa kandung adalah warganegara Malaysia, calon memohon secara dalam talian, calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta mendapat keputusan yang cemerlang selain ibu bapa atau penjaga tidak disenarai hitam oleh Mara.

Beliau berkata, antara pinjaman yang tidak dibayar termasuklah membabitkan pinjaman usahawan yang ditawarkan bagi memastikan sistem perniagaan mereka dapat dinaiktaraf.

“Mara banyak menawarkan pinjaman dan kalau ada isu yang timbul mereka boleh merujuk kepada Mara, “katanya.

Beliau berkata, walaupun Mara ‘membenarkan’ kemasukan kepada semua pelajar yang layak ke MRSM, namun ‘layanan’ dalam aspek pembayaran membabitkan pelajar dari B40, M40 dan T20 adalah tidak sama.

Katanya, aspek latar belakang bukanlah keutamaan Mara dalam meluluskan permohonan kemasukan ke MRSM sebaliknya keputusan cemerlang dalam akademik dan UKKM.

“Layanan dari sudut akademik sama, tetapi dari sudut pembayaran, kita mewujudkan pembayaran sedikit kepada M40 dan T20 untuk memenuhi kehendak dalam sistem kita.

“Bagi B40 yang tidak mampu, kita ada program khas yang dikenali sebagai Budi di mana Mara memberi tajaan sepenuhnya kepada yang layak dengan bantuan sehingga RM2,500 setahun dan wang poket RM50 sebulan.

“Bayaran lain pun kita jelaskan dari sudut kemudahan di asrama, dobi, bayaran koperasi, jawatankuasa muafakat, dan kokurikulum,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rubiah berkata, Mara memfokuskan untuk menambahbaik bangunan dan kemudahan di 57 MRSM berikutan ada dalam kalangan bangunan itu berusia lebih 40 tahun.

Katanya, Mara tidak mempunyai sebarang MRSM yang dikategorikan elit di negara ini sebaliknya pengurusan memperkenalkan enam program antaranya, MRSM Bitara, Ulul Albab dan Premier.

HarianMetro-

Tags: MARApeminjamsenarai hitam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Jejantas

Next Post

Tun Daim Meninggal Dunia

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Wanita Didakwa Guna Dokumen Palsu Mohon Biaya MARA

Wanita Didakwa Guna Dokumen Palsu Mohon Biaya MARA

14/02/2023
0

Kota Kinabalu : Seorang bekas pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen...

Next Post
Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd