• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

oleh Mohd Arshad
05/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Langkawi, Kedah dan menukarnya menjadi muzium ajaran sesat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berkata, inisiatif ini untuk membolehkan orang ramai menjadikannya sebagai pusat rujukan kepada pelbagai ajaran sesat di dunia.

“Saya cadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk melihat kepada hotel ini (milik GISBH yang ditinggalkan).

“Sebab saya ada masuk dalam banyak search (carian) untuk cari muzium ajaran sesat (tapi) tidak ada, yang keluar (hanya) muzim Drakula di Romania, di England dan lain-lain.

“Jadi, apa yang berlaku baru-baru ini (isu ajaran sesat) kita tidak ada rujukan. Sedangkan dalam dunia ini banyak kes ajaran sesat tanpa mengira agama apa pun,” katanya ketika Perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Baru-baru ini, CEO GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Datin Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Setakat ini, enam negeri telah mengisytiharkan ajaran dan amalan GISBH sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.

SinarHarian-

Tags: ambil alihHotel GISBHMuzium
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tok Mat Beri Tiga Sebab Mengapa BN Perlu Ambil Alih Semula Negara

01/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu memberikan tiga sebab mengapa gabungan itu...

PETRONAS Nafi Bincang Ambil Alih Sapura Energy

25/03/2022
0

KUALA LUMPUR : PETRONAS menafikan pihaknya sedang mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenai cadangan untuk mengambil alih Sapura Energy Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd