• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFWP Cadangkan Israel Disingkir Sebagai Anggota PBB

oleh Mohd Arshad
05/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PFWP Cadangkan Israel Disingkir Sebagai Anggota PBB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persekutuan Keamanan Dunia Ahli Parlimen (PFWP) mencadangkan supaya Israel disingkirkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif berterusan dan pencabulan hak asasi yang dilakukan rejim Zionis berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha PFWP, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata perkara berkenaan antara tiga cadangan pertubuhan itu bagi menghentikan segera keganasan dan konflik di Gaza.

“Cadangan lain ialah pembatalan Resolusi PBB 1947 yang menyokong penubuhan negara Israel di bumi Palestin dan PBB perlu meluluskan usul penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat di seluruh wilayah Palestin asal,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Larry yang juga Ahli Parlimen Julau menegaskan semua pihak yang terbabit perlu komited kepada diplomasi dan perdamaian demi melindungi nyawa yang tidak berdosa, selain menambah bahawa usaha segera perlu diambil bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan serta memulihkan infrastruktur yang musnah akibat serangan ketenteraan.

PFWP adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai Ahli Parlimen daripada pelbagai latar belakang termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebagai penasihat, bertujuan mempromosikan keamanan dan menggalakkan perpaduan yang erat bagi menjadikan dunia lebih baik terutama bagi generasi akan datang.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata Malaysia sudah menyediakan satu draf resolusi PBB yang antara lain mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan berkenaan sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin.

BHonline-

Tags: Anggota PBBIsraelPFWP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd