• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung sebelum ini membabitkan pelbagai faktor.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata tiga bahagian berkenaan adalah Jeli, Machang dan Gua Musang.

Katanya, bahagian terbabit akan mengadakan pemilihan parti pada awal Disember nanti.

“Untuk pemilihan BERSATU di Kelantan yang berlangsung semalam, hanya tiga daripada 14 bahagian tidak dapat mengadakan pemilihan disebabkan status bahagian terbabit digantung.

“Tiga bahagian berkenaan akan mengadakan pemilihan pada Disember nanti. Banyak faktor yang menyebabkan tiga bahagian terbabit digantung sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, proses pemilihan bagi 11 bahagian yang lain semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, daripada pemilihan yang berlangsung semalam, enam bahagian menampilkan muka baharu bagi jawatan Ketua Bahagian iaitu Bachok, Kota Bharu, Ketereh, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kubang Kerian.

“Manakala lima ketua bahagian mempertahankan jawatan iaitu Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas dan Kuala Krai,” katanya.

“Saya antara yang mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Pasir Puteh,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BERSATUPemilihan Bersatu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd