• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

oleh AK-47
03/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negeri itu, untuk mereka pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan di Sabah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan sekali bayar itu, merupakan permintaan daripada pelajar IPT terlibat, justeru kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat itu.

Sebagai contoh beliau berkata, pelajar yang berasal dari Tawau dan Sandakan yang sedang belajar di IPT di Kota Kinabalu, akan menerima bantuan subsidi tersebut sama ada mereka mahu menggunakannya untuk membeli tiket kapal terbang, bas atau pengangkutan lain.

“Pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada rakyat khususnya pelajar, adalah untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sembulan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, maklumat terperinci mengenai bantuan subsidi itu termasuk jumlah penerima bantuan, kini sedang diteliti oleh pihak yang berkaitan.

Hajiji berkata, pada bulan Ramadan lepas, bantuan subsidi sekali bayar RM600 telah diberikan kepada pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, untuk mereka pulang ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan atau cuti semesta.

“Inisiatif ini dinamakan Graduan Rindu Sabah bagi membantu pelajar kita di sana,” katanya. 

-Bernama

Tags: Pelajar IPTSabahsubsidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd