• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat

oleh AK-47
01/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jumlah kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus kepada 1,567 kes pada 2023 berbanding 1,239 pada tahun sebelumnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, kesalahan amang seksual secara fizikal pada 2023 merekodkan peningkatan ketara sebanyak 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022.

Kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 dan 67 kes pada 2023.

Dari perspektif perlindungan, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2023 meningkat 26.1 peratus kepada 8,536 kanak-kanak berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022.

Bilangan kanak-kanak perempuan yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jauh lebih ramai iaitu 5,418 orang berbanding kanak-kanak lelaki (3,118).

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mencatat peningkatan lebih tinggi iaitu 26.4 peratus berbanding kanak-kanak perempuan (25.9%) dalam tempoh sama.

Dari aspek pengambilan pelalian, liputan bagi semua jenis pelalian kepada bayi semakin baik pada 2023.

Hepatitis B mencatat peningkatan tertinggi iaitu 107.7 peratus berbanding 97.1 peratus pada 2022.

Ini diikuti oleh Polio, DTP (Difteria, Tetanus dan Pertusis) dan HIB (Haemophilus Influenza Type B) masing-masing meningkat kepada 107.7 peratus berbanding 97.2 peratus pada 2022.

BCG (Bacillus Calmette-Guerin) merekodkan peningkatan terendah iaitu kepada 98.7 peratus pada 2023 berbanding 97.7 peratus tahun sebelumnya.

Dari segi tahap kesihatan kanak-kanak, didapati keadaan tertentu berpunca dalam tempoh perinatal kekal menjadi punca kematian utama (disahkan secara perubatan) bagi kanak-kanak bawah lima tahun pada 2023 dengan 36.4 peratus.

Ia diikuti ‘congenital malformations, deformations and chromosomal abnormalities’ (27.5 peratus), pneumonia (2.6 peratus), kemalangan kenderaan (1.5 peratus) dan meningitis (0.7 peratus).

Dalam aspek pendidikan, bilangan murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada 2023 meningkat 4.6 peratus daripada 4,962,900 murid pada 2022 kepada 5,192,600 murid pada 2023.

Bilangan murid di sekolah swasta pada 2023 mencatat peningkatan 3.6 peratus kepada 442,900 murid daripada 427,600 murid pada 2022.

Berdasarkan statistik anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun berjumlah 9.14 juta, iaitu 26.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia (34.06 juta).

Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta.

Sementara itu, komposisi kanak-kanak bawah umur lima tahun pada 2024 ialah 2.36 juta atau 6.9 peratus daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia.

Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur lima tahun masing-masing ialah 1.22 juta dan 1.14 juta.

Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak bawah umur 18 tahun pada 2024 iaitu 40.5 peratus daripada jumlah penduduk Putrajaya iaitu 0.12 juta.

Ini diikuti Kelantan (34 peratus) dan Terengganu (33.2 peratus). Kuala Lumpur mencatat peratusan terendah iaitu 21.6 peratus.

Bagaimanapun, Selangor merekodkan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tertinggi iaitu 1.83 juta diikuti Sabah (1.12 juta) dan Johor (1.11 juta).

Bilangan kanak-kanak bawah umur 18 tahun paling rendah direkodkan di Labuan iaitu 0.03 juta.

-Berita Harian

Tags: Jenayah Seksual
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Hantaran 'sticker' lucah dalam aplikasi sosial dikenal pasti antara taktik awal digunakan dalam proses pengantunan oleh pemangsa seksual...

AS$30 Juta Lesap, Rompakan Wang Tunai Terbesar Di Los Angeles

Empat Remaja Termasuk Dua Beradik Didakwa Lakukan Jenayah Seksual

05/04/2024
0

TAMPIN - Empat remaja lelaki termasuk dua beradik di hadapkan di dua mahkamah berasingan di Mahkamah Majistret di sini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd