• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal 1MDB: ‘Kami Tak Putus Asa, Akan Lawan Kes Ini’. Pasukan Pembelaan Najib Bakal Tampilkan 11 Saksi

oleh Mohd Arshad
30/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Skandal 1MDB: ‘Kami Tak Putus Asa, Akan Lawan Kes Ini’. Pasukan Pembelaan Najib Bakal Tampilkan 11 Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sekurang-kurangnya 11 saksi pembelaan akan ditampilkan dalam prosiding bela diri terhadap 25 pertuduhan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bagaimanapun pihaknya menjangka membawa lebih banyak saksi sepanjang pembelaan.

“Ada beberapa saksi yang kita akan letakkan dalam keterangan saksi, beberapa yang lain akan disapina, bermakna mereka akan dipaksa untuk hadir (beri keterangan), ada juga saksi-saksi bebas,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Biarpun akur dengan keputusan hari ini, Shafee meluahkan rasa kecewa kerana pihaknya telah mengemukakan hujah yang mereka percaya memerlukan pertimbangan yang serius.

“Saya sangat terkejut bahawa ini mungkin satu-satunya kes yang saya pernah kendali di mana pada peringkat ini saya tidak menang walaupun satu mata, tiada.

“Tetapi kami tidak berputus asa, kami akan lawan kes ini, dan kami lebih bertekad kerana keputusan itu,” katanya.

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membela diri atas empat pertuduhan menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan suapan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram jumlah sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Najib kelihatan tenang selepas Hakim Sequerah membaca keputusan itu, di akhir kes pendakwaan.

Beliau memilih untuk memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal oleh pihak pendakwaan.

-BUTV3

Tags: Skandal 1MDB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Skandal 1MDB: Najib Diperintah Bela Diri 25 Tuduhan Penyelewengan Dana RM2.3 Bilion

Skandal 1MDB: Najib Diperintah Bela Diri 25 Tuduhan Penyelewengan Dana RM2.3 Bilion

30/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi...

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

14/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low memiliki 'kepala surat' kosong Pejabat Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd