• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Naib Ketua Pemuda Mengaku Tidak Bersalah Liwat, Amang Seksual 4 Remaja Lelaki

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Bekas Naib Ketua Pemuda Mengaku Tidak Bersalah Liwat, Amang Seksual 4 Remaja Lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di daerah Mersing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara tahun 2017 hingga Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haida Farizal Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan tujuh pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas empat remaja lelaki berusia 14, 15 dan 16 tahun dengan menyentuh bahagian badan, memeluk dan mencium pipi mangsa serta menyuruh salah seorang mangsa menghisap kemaluan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan dibawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Dalam prosiding yang sama, Zuraidi juga berdepan dua pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar ke dalam dubur membabitkan mangsa dua beradik kembar berusia 14 tahun, tanpa kerelaannya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Perumahan Nelayan Kampung Penyabong, Mersing di antara awal tahun 2017 sehingga Mac 2024.

Pendakwaan itu dibuat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Khairuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan.

Zuraidi dalam rayuan kepada mahkamah memohon jaminan dikurangkan kerana menyara ibu kandung berusia 57 tahun, bapa tiri berumur 56 tahun dan seorang anak yang masih bersekolah serta mempunyai penyakit buasir.

Hakim kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM45,000 dengan serta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, perlu lapor diri di balai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah juga menetapkan 11 Disember sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

SinarHarian-

Tags: amang seksualBekas Naib Ketua Pemuda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd