• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPKO Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Sabah Jumaat.

“Takziah kepada keluarga pendaki dan malim gunung yang kehilangan insan yang mereka kasihi semasa bencana alam itu. Kami (UPKO) memanjatkan doa agar roh mereka damai di sana. Kami juga berdoa agar kita semua tabah dan tenang menghadapi tragedi ini,” kata Pemangku Presiden Upko, Datuk Madius Tangau.

Madius yang juga Anggota Parlimen Tuaran menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati memandangkan gegaran susulan masih berlaku termasuklah terbaru hampir 10 saat pada 1.44 tengah hari tadi yang dirasai di Tuaran.

“Saya juga menyeru agar kita tidak memburukkan situasi dengan menyebarkan informasi yang tidak betul dan tidak disahkan melalui media sosial.

“UPKO juga menghargai segala usaha murni dan komitmen semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat, terutama sekali oleh para malim gunung yang sekali lagi gemilang dalam menangani krisis di gunung. Kita berdoa untuk semua,” tambahnya.

Pemimpin UPKO yang berasal dari Ranau – antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat, Ketua Komulakan (Pemuda) Ewon Benedick serta Pegawai Pembangunan Masyarakat bagi Paginatan, Georgina George – sudah berada di lapangan sejak gempa bumi itu berlaku. – BERNAMA

 

 

Tags: Gempa SabahUPKO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UPKO Cadang Sabah Bentang RUU Antilompat Parti Mac Ini

UPKO Cadang Sabah Bentang RUU Antilompat Parti Mac Ini

15/01/2023
0

Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mencadangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentang segera pada Persidangan...

PRU15: UPKO Tawan Semula Penampang

PRU15: UPKO Tawan Semula Penampang

19/11/2022
0

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya menawan semula kerusi tradisi parti itu di Parlimen Penampang menerusi kemenangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd