Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

KPN Kecewa Masih Ada...

PASIR MAS - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini meluahkan...

Rahman Dahlan Balas Kenyataan...

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul...

Suami Isteri Mengaku Tidak...

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas...

‘Malaysia Sedia Terima Lebih...

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari...

UPKO Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi

KOTA KINABALU – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Sabah Jumaat.

“Takziah kepada keluarga pendaki dan malim gunung yang kehilangan insan yang mereka kasihi semasa bencana alam itu. Kami (UPKO) memanjatkan doa agar roh mereka damai di sana. Kami juga berdoa agar kita semua tabah dan tenang menghadapi tragedi ini,” kata Pemangku Presiden Upko, Datuk Madius Tangau.

Madius yang juga Anggota Parlimen Tuaran menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati memandangkan gegaran susulan masih berlaku termasuklah terbaru hampir 10 saat pada 1.44 tengah hari tadi yang dirasai di Tuaran.

“Saya juga menyeru agar kita tidak memburukkan situasi dengan menyebarkan informasi yang tidak betul dan tidak disahkan melalui media sosial.

“UPKO juga menghargai segala usaha murni dan komitmen semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat, terutama sekali oleh para malim gunung yang sekali lagi gemilang dalam menangani krisis di gunung. Kita berdoa untuk semua,” tambahnya.


Pemimpin UPKO yang berasal dari Ranau – antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat, Ketua Komulakan (Pemuda) Ewon Benedick serta Pegawai Pembangunan Masyarakat bagi Paginatan, Georgina George – sudah berada di lapangan sejak gempa bumi itu berlaku. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori