• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

oleh Mohd Arshad
19/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan selain M40 dan B40 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mekanisme tersebut akan disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor dan bukan kedudukan kadar pendapatan semata-mata.

Jelas beliau, penelitian tersebut penting bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak mendiskriminasi atau membebankan golongan tersebut.

“Pendekatan itu akan kita umumkan khususnya mereka berpendapatan tinggi yang dari segi amalannya, sewajarnya tidak memperolehi khidmat sehingga ke tahap yang begitu (menikmati subsidi). Namun kita juga membuat perkiraan kepada kumpulan pendapatan ini yang khususnya kita kena ambil perhatian tentang bilangan ahli keluarganya dan juga dari segi tahap pendapatannya.

“Hal ini akan kita umumkan nanti dari segi berapa bilangan, tahap pendapatan mereka kerana seperti yang diperingatkan oleh Perdana Menteri juga supaya kita tidak melaksanakan satu dasar yang akhirnya dilaksanakan kepada semua tanpa kita mengambil kira dari segi latar belakang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Program Khidmat Masyarakat Mari Berjumpa Pakar Kesihatan anjuran Hospital Canselor Tuaku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Komuniti Bestari, Batu 10 di sini pada Sabtu.

Zambry berkata, pihaknya juga bersama-sama kementerian berkaitan akan memperhalusi dari segi segmentasi ukuran kelayakan bagi pelaksanaan dasar tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan dasar itu juga dijangka hanya melibatkan pelajar baharu yang akan dilaksanakan tahun hadapan dan segala unjuran serta maklumat sudah pun ada cuma ia belum diumumkan secara rasmi.

Sementara itu jelasnya, pelajar IPTA sedia ada akan kekal dengan pelaksanaan dasar-dasar yang sebelum ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan IPTA kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.

Beliau menegaskan, kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40 sementara kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP serta IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.

SinarHarian-

Tags: golongan kayaIPTAKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd