• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan: Penduduk Di Gua Musang Dakwa Air Tadahan Tercemar

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Star Baru dan Kampung Kala di sini mendakwa sumber tadahan air bukit yang digunakan mereka tercemar akibat aktiviti pembalakan dan perladangan sejak enam bulan lepas.

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa kerana kawasan tadahan air bukit yang digunakan mereka sejak 10 tahun lalu dengan mudah dimusnahkan oleh aktiviti berkenaan, menyebabkan penduduk kehilangan sumber utama mendapatkan bekalan air bersih.

Seorang penduduk, Rawi Mohd Noor, 48, berkata pembinaan air tadahan bukit itu dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk di dua kampung berkenaan pada 2005 membabitkan peruntukan kerajaan sebanyak RM83,000.

“Akibat daripada aktiviti pembalakan dan perladangan itu menyebabkan air bukit terbabit tercemar hingga berbau busuk, keruh dan berkeladak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, Sabtu.

Katanya penduduk bimbang berdepan risiko pelbagai penyakit apabila menggunakan air tadahan bukit yang terletak kira-kira enam kilometer dari perkampungan itu selepas ia terdedah dengan pencemaran.

“Sepatutnya pihak pemaju meneliti dahulu kawasan sekitar sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti membabitkan pertanian atau perladangan bagi kawasan tadahan air tersebut tidak tercemar dan seterusnya mengganggu kesihatan penduduk,” kata Rawi.

Mazlan Mohamad, 47, berkata penduduk di dua kampung berkenaan kini dilanda resah kerana tidak mempunya sumber air terawat yang boleh digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian.

“Kalau perkara ini berterusan (pembalakan dan perladangan) di mana lagi kami nak mencari sumber air baharu. Kami juga tiada wang untuk membina kawasan tadahan air yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Harun Che Tengah, 52, pula bimbang dengan kesihatan anggota keluarganya apabila terpaksa menggunakan air tadahan bukit yang tercemar.

“Berikutan masalah itu, penduduk sudah tidak sanggup menggunakan air tandahan bukit terbabit dan terpaksa memunggah air dari sungai untuk keperluan harian,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: KelantanPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd