• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengikut GISBH Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya – Menteri Agama

oleh Mohd Arshad
15/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengikut GISBH Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya – Menteri Agama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: GISB Holdings (GISBH) dikenal pasti melakukan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak, tasawuf atau muamalat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata perkara itu dikenal pasti menerusi sesi temu bual bersama saksi ketika mereka berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISBH.

Katanya, penyelewengan akidah yang dikenal pasti ialah mereka meyakini bakal munculnya Imam Mahdi, merujuk kepada Syeikh Suhaimi yang ghaib selama ini.

Selain itu, katanya, Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.

Selain itu, semua ahli GISBH yakin akan selamat di alam kubur kerana dibantu syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan malaikat Munkar Nakir.

“Mengenai penyelewengan syariah, jemaah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepemimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik serta melaksanakan solat jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat.

“Amalan bertabarruk iaitu mengharapkan berkat daripada Allah SWT dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain digunakan pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan serta bekas pimpinan.

“Pasangan yang ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali akad perkahwinan, masing-masing akad perkahwinan syarie diakadkan pemimpin berwakilkan wali dan akad perkahwinan secara perundangan oleh pendaftar nikah atau imam dilantik Jabatan Agama Islam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai penyelewengan akhlak, tasawuf atau muamalat, Mohd Na’im berkata, tempat tinggal suami, isteri dan anak dipisahkan seawal usia dua tahun, manakala pengikut yang keluar dari GISBH tidak dibenarkan berjumpa isteri, anak, ibu serta bapa.

Beliau berkata, suami atau isteri dianggap terputus daripada jemaah, isteri atau suami serta anak, selain hak penjagaan adalah tertakluk kepada GISBH,jika bertindak keluar daripada organisasi itu.

Katanya, pengikut diminta berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan, tanpa gaji untuk kepentingan GISBH, manakala pemimpin hidup dengan kemewahan dan ditanggung sepenuhnya syarikat.

“Remaja Pembela Ummah (RPU) diketuai Mohd Adib At-Tamimi Ashari dan anak pemimpin, dilihat sebagai kumpulan belia GISBH. Mereka sanggup menurut arahan kepimpinan atasan, termasuk melakukan sesuatu bertentangan undang-undang.

“Taktik mengugut dan kuarantin diguna sebagai senjata bagi menghukum ahli ingkar arahan pimpinan tertinggi. Ahli dianggap bermasalah dan memberontak akan dikuarantin serta diugut supaya bertaubat dengan pemimpin, selain dipisahkan daripada anak dan isteri,” katanya.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui dan menyelaras bagi memastikan tindakan terhadap GISBH dapat dilakukan secara menyeluruh, terancang dan terselaras dengan kerjasama semua agensi berkaitan seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerajui pelaksanaan aspek pemulihan akidah terhadap ahli GISBH dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Akademi Kenegaraan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta JAIN atau Majlis Agama Islam negeri (MAIN).

Mesyuarat ketua jabatan, MAIN Seluruh Malaysia (MKJ) yang dipengerusikan Ketua Pengarah JAKIM pada 1 Oktober lalu, menetapkan beberapa keputusan mengenai cadangan Pelan Tindakan Pemulihan Ahli GISBH, antaranya aspek pemulihan akidah akan dilakukan selama 90 hari atau tempoh bersesuaian.

Modul pemulihan sedia ada daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan modul kepada kanak-kanak JKM berpandukan Silibus KAFA dan Modul Pemerkasaan Rohani bagi Kanak-Kanak Institusi JKM akan digunakan dengan beberapa penambahbaikan.

Modul Istitabah MAIS dengan beberapa penambahbaikan, mengambil kira elemen doktrin atau pemikiran semasa pula akan digunakan bagi golongan dewasa.

Kerjasama MAIN atau JAIN akan dimohon bagi cadangan bilangan pusat, kapasiti atau lokasi pusat pemulihan seliaan MAIN atau JAIN bagi tujuan penempatan pemulihan secara sukarela.

Semakan perkahwinan diterajui JAIN dengan penyelarasan JAKIM, JKM dan Jabatan Pendaftaran Negara, selain JAWHAR akan menyelaras cadangan bantuan kelangsungan hidup ahli GISBH yang mengikuti pemulihan secara sukarela daripada MAIN atau pusat zakat di negeri.

BHonline-

Tags: Abuyaalam kuburGISBH
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Abuya’ Berdepan 3 Lagi Pertuduhan Jenayah Seksual Babit Pelajar Lelaki 16 Tahun

‘Abuya’ Berdepan 3 Lagi Pertuduhan Jenayah Seksual Babit Pelajar Lelaki 16 Tahun

02/12/2025
0

MELAKA: Pengusaha sekolah pondok dari Tumpat, Kelantan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah, kali ini atas tiga pertuduhan jenayah seksual membabitkan...

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

07/11/2025
0

KAJANG – Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd