• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Hasilkan Kek, Biskut Ganja Ditahan

oleh Mohd Arshad
09/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pasangan Kekasih Hasilkan Kek, Biskut Ganja Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis menahan pasangan kekasih yang menghasilkan kek dan biskut daripada ganja dalam dalam tiga serbuan berasingan di kondominum, di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan pertama lelaki tempatan berusia 33 tahun dan kekasihnya, wanita warga asing berusia 35 tahun ditahan di sebuah kondominum di Majidee, di sini, dan merampas sejumlah dadah bersama sebatang pokok ganja berusia dua bulan.

“Susulan itu serbuan kedua di kondominium berlainan di kawasan sama juga, berjaya menahan seorang ahli sindiket, lelaki tempatan bersama menemui sejumlah dadah dan merampas sebuah kereta.

“Dalam serbuan ketiga di sebuah kondominum di Danga Bay, kita menahan dua lagi ahli sindiket lelaki dan wanita, bersama sejumlah dadah, kek dan biskut daripada ganja.

“Kek dan biskut ganja ini dipercayai dihasilkan sebagai uji kaji untuk kegunaan sendiri ahli sindiket terlebih dahulu, sebelum dipasarkan. Sindiket ini juga turut menghasilkan minyak ganja bagi tujuan mengkhayalkan, ” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di Larkin di sini, hari ini.

Raub berkata, hasil tiga serbuan itu, pihaknya menahan sindiket pengedaran dadah di kondominum di Larkin dan menahan seorang lelaki tempatan bersama dadah mampat dan kereta Vellfire, semalam.

Susulan itu, katanya, serbuan kelima dilancarkan dipercayai sindiket berlainan di sebuah kondominum di Majidee, di sini, pada hari sama, namun hanya menemui sejumlah dadah tanpa tangkapan.

“Secara keseluruhan tiga sindiket ditumpaskan dalam lima serbuan berasingan dan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM102,150.95. Kegiatan sindiket ini dipercayai aktif sejak bulan lalu.

“Kita masih siasat kaitan tiga sindiket pengedaran dadah ini, kerana modus operandi mereka sama iaitu menjadikan kondominum dan kenderaan sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedarkan.

“Dalam lima serbuan ini, pihak polis merampas sebatang pokok ganja berukuran 140 sentimeter, lebih 25.9 kilogram ganja, biskut disyaki ganja (265 gram), empat ketul disyaki kek ganja, Heroin (2,252 gram) 500 ml minyak ganja dan Ketamin (0.50 gram).

“Polis turut menyita wang tunai pelbagai negara termasuk Thailand, India dan United States dan sejumlah barang kemas,” katanya.

Beliau berkata, daripada enam suspek berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun yang ditahan, lima daripada mereka termasuk wanita positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 Oktober depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

Tags: biskut ganjapasangan kekasih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Next Post

SPRM Akan Panggil Bekas Menteri Pendidikan Bantu Siasatan 1BestariNet

Related Posts

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 14kg Dadah Bernilai RM2.4 Juta

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 14kg Dadah Bernilai RM2.4 Juta

01/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan pasangan kekasih yang aktif mengedar dadah menggunakan sebuah kereta milik ahli keluarga serta merampas lebih 14...

Melayu Dipaksa Makan Babi, India Dipaksa Makan Daging Lembu

Pasangan Kekasih Ditahan, Beri Bayi 16 Bulan Dadah

22/12/2023
0

Iskandar Puteri: Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki berusia 16 bulan yang dipercayai anak mereka....

Next Post
SPRM Akan Panggil Bekas Menteri Pendidikan Bantu Siasatan 1BestariNet

SPRM Akan Panggil Bekas Menteri Pendidikan Bantu Siasatan 1BestariNet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd