• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry

oleh Mohd Arshad
29/09/2024
dalam Politik, Terkini
0
BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan memperkuatkan lagi tekad parti untuk terus membawa politik kesederhanaan bersama-sama rakan dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kejayaan meraih majoriti besar ini juga memberi makna yang cukup besar sempena sambutan 50 tahun BN, selain menjadi suntikan semangat untuk parti agar mendapat kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

“BN menzahirkan kesyukuran atas kemenangan penuh bermakna Syed Hussein Syed Abdullah pada PRK DUN Mahkota Johor. Sesungguhnya kemenangan ini adalah merupakan satu amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada parti untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan mensejahterakan kehidupan rakyatnya.

“Tidak ketinggalan kerjasama yang dihulurkan oleh rakan rakan parti daripada Pakatan Harapan memberikan sumbangan terhadap kemenangan yang cukup bermakna ini.

“Kepada BN Johor di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi kemenangan ini adalah manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Dun Mahkota, Azurawati Wahid selepas penjumlahan undi daripada 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran selesai di Dewan Tunku Ibrahim, Kluang, Johor.

SinarHarian-

Tags: BNkerajaan perpaduanPRK Mahkota
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd