• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

oleh Mohd Arshad
27/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana SRC International Sdn Bhd digunakan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini kerana, bekas Perdana Menteri itu berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa pengurusan dan Lembaga Pengarah (BOD).

Najib yang memberi keterangan selaku defendan dalam kes saman difailkan SRC International terhadapnya, sekali lagi menegaskan ketika itu beliau mempunyai keyakinan terhadap BOD untuk melakukan apa yang wajar kerana mereka terdiri individu berkelayakan tinggi.

Beliau berkata, BOD dan pihak pengurusan adalah organ utama SRC International dan apabila memutuskan menyokong syarikat di peringkat makro, beliau mahukan ia berjaya mencapai matlamat dalam mencari tenaga alternatif di negara ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan peguam mewakili SRC International, Datuk Lim Chee Wee yang bertindak selaku plaintif, pada peringkat soal balas.

“Saya tidak boleh mengawal dari segenap segi bagaimana dana itu digunakan. Lembaga Pengarah dan pengurusan perlu membuat keputusan mengenai daya maju pelaburan.

“Tiada PM (Perdana Menteri) di dunia akan melakukannya kerana itu adalah kerja teknokrat, bukan ahli politik,” katanya.

Ketika disoal adakah mempunyai keupayaan untuk mengarahkan pengesahan bebas dana, Najib berkata beliau menyerahkan kepada BOD kerana percaya ia tanggungjawab mereka.

Pada 7 Mei 2021, SRC International memfailkan saman sivil terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil dengan menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion.

Dalam kes saman terbabit, bekas pengarah SRC International dinamakan pihak ketiga responden, iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohamed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

SRC International mendakwa kedua-dua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah, dan Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat, selain menyeleweng dana itu.

SRC International dengan itu memohon perisytiharan, semua defendan bertanggungjawab untuk membayar kerugian dana pelaburan itu akibat penggunaan jumlah pinjaman terbabit, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Najib ditanya sekali lagi sama ada beliau dapat mengesahkan bahawa dana dalam akaun banknya bukan wang yang didakwa diselewengkan daripada SRC International atau Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Apabila diminta bukti yang didokumenkan untuk menunjukkan bahawa sejumlah AS$120 juta dalam akaunnya bukan daripada SRC atau KWAP, bekas Menteri Kewangan sekali lagi berkata bahawa beliau akan memberikan jawapan kemudian.

Najib turut memberikan jawapan sama apabila dicadangkan peguam bahawa beliau tidak mempunyai bukti bahawa wang itu bukan daripada SRC atau KWAP.

Pada prosiding semalam, Najib bersetuju dengan cadangan Chee Wee, bahawa berdasarkan kenyataan saksinya, beliau tidak membuat rujukan mengenai sumber AS$70 juta yang dikreditkan pada 3 Januari 2012 ke dalam akaun terbabit, bahawa ia bukan wang SRC atau KWAP.

Apabila dicadangkan bahawa beliau tidak mengemukakan sebarang bukti yang didokumenkan untuk menunjukkan bahawa dana itu bukan wang SRC atau KWAP, Najib yang hanya terdiam seketika, kemudian berkata beliau akan memberikan jawapan kemudian.

Katanya, beliau tidak meminta sebarang pengesahan bebas mengenai sumber dana itu kerana tidak menguruskan akaunnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 9 Oktober ini.

BHonline-

Tags: DanaDatuk Seri Najib RazakSRC International Sdn Bhd
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd