• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang

oleh Mohd Arshad
22/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong cermin hadapan untuk mengeluarkan 11 penumpang dan pemandu selepas bas ekspres terbabas dalam longkang di Kilometer 91.4, Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan dekat Yong Peng, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian jam 3.56 pagi, lima daripada penumpang termasuk pemandu bas yang dalam perjalanan ke Johor Bahru cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Muhammad Farhan Ahmad, berkata pihaknya tiba di lokasi jam 4.04 pagi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pintu bas rosak dan 11 penumpang masih terperangkap di dalamnya.

“Kami segera menggunakan peralatan khas untuk memotong cermin hadapan bagi mengeluarkan kesemua penumpang bas terbabit.

“Kelima-lima mereka yang cedera adalah terdiri empat penumpang serta seorang pemandu bas serta diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, operasi menyelamat mangsa membabitkan 14 anggota dari Balai Bomba Yong Peng dan Ayer Hitam tamat jam 5.18 pagi.

BHonline-

Tags: bas eksprescederaterbabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd