• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

oleh AK-47
07/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan daripada penerima yang terbabit jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Baginda bertitah, setiap penerima yang sudah dipilih seharusnya bersifat jujur dan amanah kepada pemerintah, menjaga tingkah laku dan tidak terbabit dalam kegiatan rasuah serta sebarang kesalahan jenayah.

“Sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan dihukum oleh mahkamah, maka segala darjah dan pingat kebesaran akan ditarik balik.

“Sehubungan itu, saya sudah arahkan kerajaan untuk menyemak senarai banduan di semua penjara dan mana-mana banduan yang ada darjah kebesaran, maka ia akan ditarik balik. Hal ini hanyalah untuk darjah Persekutuan dan Wilayah Persekutuan, darjah negeri lain saya tidak masuk campur,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Turut berangkat pada istiadat berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Baginda bertitah, setiap tahun banyak pihak menaruh harapan dan berusaha mendapatkan darjah kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, malah ada juga yang terpedaya dan ditipu ejen yang mengambil kesempatan.

Sultan Ibrahim turut mendedahkan, ada juga yang melobi dengan baginda sendiri untuk mendapatkan darjah yang membawa gelaran Tan Sri atau Datuk, namun perkara itu tidak dilayan sama sekali.

“Saya ingin nyatakan setiap pencalonan yang dibawa kerajaan akan saya teliti satu persatu dan pertimbangan dibuat kepada calon yang betul-betul layak, yang berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, masyarakat dan negara,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda hanya berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan kepada 116 penerima saja pada tahun ini.

Terdahulu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024. Beliau dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

-BERNAMA

Tags: AgongDarjah Penerima
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aktiviti Manusia Punca Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Next Post

Trump Akui ‘Tersinggung’ Sokongan Putin Terhadap Kamala Harris

Related Posts

Kedaulatan Negara Tergadai Jika Pegawai Tentera Amal Rasuah – Agong

Kedaulatan Negara Tergadai Jika Pegawai Tentera Amal Rasuah – Agong

17/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika rasuah dan salah guna...

Agong Berkenan Terima Watikah Pelantikan 12 Ketua Perwakilan Asing

Agong Berkenan Terima Watikah Pelantikan 12 Ketua Perwakilan Asing

09/07/2024
3

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana...

Next Post
Trump Akui ‘Tersinggung’ Sokongan Putin Terhadap Kamala Harris

Trump Akui 'Tersinggung' Sokongan Putin Terhadap Kamala Harris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd