• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di media sosial sejak pagi Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam dua video masing-masing berdurasi 45 saat dan satu minit 18 saat itu memaparkan pergaduhan dua kumpulan yang saling bertumbuk di kawasan kedai di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu lelaki warga Pakistan pada jam 5.06 petang Rabu.

Katanya, laporan tersebut dibuat oleh pengadu yang juga mangsa dalam kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atay denda jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sammy menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan rakaman video tersebut di mana-mana platform media sosial bagi mengelak kegusaran awam.

“Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkannya terus kepada pihak polis di balai yang berdekatan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Gaduhmedia sosialTularwarga pakistan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat kes pergaduhan yang tular di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd