• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga Ditahan Ketika Merayau Di Bukit Bintang

oleh AK-47
14/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga Ditahan Ketika Merayau Di Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Lelaki yang dipercayai membunuh dan membakar rumah keluargnya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar, di sini pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan Majistret, Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Suspek yang menjadi buruan polis berjaya ditahan selepas lima hari menghilangkan diri dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9.13 pagi Rabu dengan dikawal ketat pegawai dan anggota polis.

Lelaki yang masih bujang itu difahamkan berjaya dicekup ketika merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi Rabu.

Penahanan itu dibuat oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah (BJSD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas menerima maklumat awam.

Dalam kejadian tragis yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya pada Jumaat lalu itu, suspek dikatakan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang ditungganginya di Hentian Bas Bentayan, di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Sebelum itu, dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu pasangan warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin,82, dan Ara Abdul Hamid,76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11 tahun maut selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian manakala cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Pada Sabtu, Noradriana selamat disemadikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Jenazah datuk dan neneknya masih belum dapat dituntut sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan keadaannya yang rentung lebih 80 peratus.

Polis yang pada awalnya mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut menukar siasatan kepada 302 kanun keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

-Sinar Harian

Tags: Bukit BintangTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Saya Ikhlas Beri Pandangan Rain Rave’ – TikTokers Roman Travels

‘Saya Ikhlas Beri Pandangan Rain Rave’ – TikTokers Roman Travels

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial luar negara, Roman Travels yang tular selepas berkongsi pandangannya mengenai Festival Muzik Rain Rave...

Program Quranic Madani Di Bukit Bintang Malam Esok, PMX Anwar Dijangka Hadir

Program Quranic Madani Di Bukit Bintang Malam Esok, PMX Anwar Dijangka Hadir

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu program berbentuk Islamik dikenali sebagai Quranic Madani akan berlangsung di Bukit Bintang malam esok. Program bertemakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd