• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Siasat Penghasilan Video Realiti Lelaki Dan Wanita ‘Bersedudukan’

oleh Mohd Arshad
13/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JAKIM Siasat Penghasilan Video Realiti Lelaki Dan Wanita ‘Bersedudukan’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalankan siasatan terhadap saluran Youtube seorang pempengaruh yang menerbitkan video realiti membabitkan kumpulan lelaki dan wanita dalam sebuah kediaman hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata JAKIM akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang kesalahan mengikut akta atau enakmen agama Islam.

“Sekiranya ada berlaku sebarang kesalahan mengikut di bawah akta atau enakmen agama Islam di negeri-negeri, kita akan mengambil tindakan.

“Perkara ini bergantung kepada apa kesalahan yang dilakukan contohnya kalau dia menganjurkan perkara yang menyimpang daripada aqidah jadi kita boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Surau Al-Marjan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Na’im menggesa seluruh masyarakat untuk memanfaatkan platform media sosial bagi tujuan kebaikan.

“Saya sudah sebut banyak kali bahawa platform media sosial ini boleh digunakan untuk syurga atau ke neraka. Allah SWT sebut dalam al-Quran kepada mereka hamba-hamba ini, dua jalan sama ada jalan kebaikan atau jalan keburukan.

“Jangan kita gadaikan kehidupan kita khususnya hari akhirat dengan kita melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan agama, ” katanya.

Terdahulu, pengguna media sosial di Facebook mempersoalkan kandungan video seorang Youtuber yang menghasilkan kandungan seolah-olah program realiti antara lelaki dan wanita yang dikatakan membawa pengaruh barat dalam budaya tempatan.

Ada juga mempersoalkan jika mereka tinggal bersama dalam sebuah rumah atau berkumpul untuk merakam video dan turut berharap pihak berkuasa agama memberi perhatian dan membanteras perkara itu yang disifatkan boleh merosakkan remaja sekali gus memberi pengaruh serta imej buruk kepada agama.

Dalam pada itu, youtuber terbabit tampil membuat penjelasan dalam satu video berdurasi 39 minit yang menerangkan perkara berkenaan di saluran YouTubenya pada Ahad lalu.

Antara penjelasan dibuat lelaki berusia 28 tahun itu adalah dakwaan mereka tinggal serumah lelaki dan wanita adalah tidak tepat, sebaliknya ‘rumah’ itu adalah pejabat yang disewa sejak lapan bulan lalu dan direka seperti rumah.

Dia turut memberitahu ‘talent’ pasukannya juga tidak tinggal bersama dan pasukannya mempunyai rumah berasingan serta pejabat itu dijadikan tempat mereka membuat ‘content’.

Individu itu turut memohon maaf jika dia pernah membuat kandungan video yang menimbulkan salah faham kepada orang ramai dan mengakui teguran terbuka di FB ada yang betul mengenai cara pemakaian bakat wanitanya dan perkara itu juga sudah pernah ditegurnya.

-Berita Harian

Tags: JakimVideo Realiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd