• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Ditahan Polis, Penunggang Motosikal Melawan Arus

oleh Mohd Arshad
07/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Elak Ditahan Polis, Penunggang Motosikal Melawan Arus
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH : Sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini dan perbuatan itu tular di media sosial, sejak semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Video berdurasi 38 saat itu mendapati lorong kanan dan kiri lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan penunggang motosikal hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Tindakan berbahaya terbabit dilakukan dipercayai bagi mengelak diri mereka daripada diperiksa polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata berdasarkan video tular, siasatan mendapati ia berlaku ketika operasi kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.

“Penunggang motosikal didapati telah menunggang secara bahaya dengan melawan arus di kawasan BORR di Bagan Ajam dari arah Plaza Tol ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

“Ia adalah bagi mengelak diri mereka ditahan polis yang mengadakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Anuar menjelaskan dalam operasi berkenaan polis menahan seorang penunggang motosikal dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya serta menyita 25 motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

“Kita mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak bertindak di luar jangkaan yang akan mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

-Berita Harian

Tags: lawan aruspolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd