• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan

oleh AK-47
05/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyedia platform, Meta dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dipercayai untuk memberi penjelasan berkait tindakan menyekat beberapa hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, hantaran mengenai ucapan takziah di atas kematian pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang dibuat di akaun Facebook dan Instagram Anwar telah disekat Meta kerana didakwa bertentangan dengan piawaian komuniti platform terbabit, selain berkaitan individu dan organisasi berbahaya.

Sekatan sama juga dikatakan turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di dianjurkan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar menyatakan Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.

Beliau menjelaskan, adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

Anwar juga memberikan peringatan tegas terhadap Meta supaya tidak jadi bacul dan perkakas rejim zalim zionis Israel.

-Sinar Harian

Tags: Isu SekatanMetaPejabat Perdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahmi: Keputusan Padam Hantaran PM Dibuat Peringkat Tertinggi Meta

Fahmi: Keputusan Padam Hantaran PM Dibuat Peringkat Tertinggi Meta

02/08/2024
0

Wakil Meta akan datang ke Kuala Lumpur pada minggu depan untuk menjelaskan mengapa hantaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pembunuhan...

K’jaan Teliti Keperluan Lesenkan Platform Google, Meta, TikTok – Fahmi

K’jaan Teliti Keperluan Lesenkan Platform Google, Meta, TikTok – Fahmi

14/09/2023
0

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd