• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Didakwa Edar 15.75kg Dadah

oleh Mohd Arshad
02/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Remaja Didakwa Edar 15.75kg Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Seorang remaja berusia 19 tahun berhadapan dengan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 15.75 kilogram bulan lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Abang Danny Abang Azlan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 9.24 malam pada 19 Julai lepas, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Aras2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili peguam Darren Ee.

Mahkamah menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki tempatan ditahan di KLIA Terminal 2 di sini pada 19 Julai lepas kerana disyaki cuba menyeludup dadah bernilai RM504,000 ke Sarawak.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan selepas imbasan kotak makanan miliknya menunjukkan imej yang mencurigakan.

-Harian Metro

Tags: dadahEdar Dadahremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd