• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sabah: 104 Pendaki Dibawa Turun Dari Laban Rata

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Sebanyak 104 lagi pendaki sedang dibawa turun oleh petugas keselamatan dari Laban Rata, kata Petugas Taman-Taman Sabah Justinus Guntabid.

Justinus berkata, kesemua mereka dibawa turun pada 9.15 malam Jumaat.

“Pada 10.04 malam, satu pasukan penyelamat yang terakhir membawa seorang lagi mangsa (pendaki) yang berada dalam keadaan stabil.

“Sekarang, petugas kami masih berada di Pondok Timpohon untuk menunggu pendaki yang sedang dalam perjalanan turun,” katanya ketika ditemui di Pusat Gerakan Operasi Menyelamat di Taman Kinabalu di sini.

Justinus berkata, petugas akan merekodkan pendaki yang telah sampai ke Pondok Timpohon bagi memudahkan pihaknya mengenal pasti pendaki yang belum dibawa turun.

Ditanya mengenai dua mayat dibawa turun ke Pondok Timpohon, Justinus berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Katanya seorang mangsa adalah malim gunung Robbi Sapinggi, manakala seorang lagi belum dapat dipastikan identitinya.

Kedua-dua mayat dibawa turun pada 8.25 dan 8.45 malam.

Mayat berkenaan dikeluarkan daripada kawasan runtuhan iaitu 6.5 kilometer dari Pondok Timpohon. – mStar Online

 

Tags: gempa bumiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd