• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beradik Dan Bapa Saudara Antara Tujuh Ahli Geng Potek Ditahan Edar Dadah

oleh Mohd Arshad
28/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Tiga Beradik Dan Bapa Saudara Antara Tujuh Ahli Geng Potek Ditahan Edar Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI : Sebuah pondok usang terpencil di muara Sungai Papan di sini, dikesan menjadi tempat sindiket dikenali sebagai Geng Potek, melakukan pembungkusan semula dadah yang dibawa dari luar daerah ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lokasi terbabit dipercayai menjadi pilihan sindiket berkenaan yang diketuai seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun, kerana terletak jauh dari penempatan penduduk.

Ketua sindiket terbabit turut menjadikan tiga beradik yang juga anak saudaranya sebagai orang bawahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam serbuan jam 3.40 pagi Rabu lalu, polis menemui pelbagai jenis dadah dan peralatan bagi tujuan membungkus semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, tujuh lelaki tempatan berusia 19 hingga 51 tahun serta seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Sindiket didalangi seorang lelaki dan kita turut menahan wanita yang juga kekasihnya, tiga adik-beradik yang juga anak saudaranya dan tiga lagi ahli sindiket.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh daripada suspek positif dadah dan lima daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussin berkata, pihaknya menjalankan risikan selama kira-kira dua bulan, sebelum menumpaskan sindiket yang dipercayai aktif sejak awal Mei lalu itu.

“Pondok papan turut dijadikan tempat menghisap dadah. Dadah-dadah dibungkus dalam plastik seolah-olah makanan ringan bagi mengaburi pihak berkuasa,” jelasnya.

Katanya, polis merampas 779.07 gram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM54,550.20 yang dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 6,000 penagih dadah jika terlepas ke pasaran.

“Antara dadah yang dirampas adalah ketulan heroin, ketulan kristal methamphetamine, pil erimin 5, pil ekstasi, ketamin dan ganja.

“Kita turut menyita tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM5,023 menjadikan jumlah rampasan dan sitaan adalah sebanyak RM84,573.20,” katanya.

Hussin berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu sehingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan rangkaian kepada sindiket berkenaan.

-Berita Harian

Tags: dadahEdar DadahGeng Potek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd