• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Selesai Ambil Keterangan Pekerja Kebun Ubi

oleh Mohd Arshad
21/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Selesai Ambil Keterangan Pekerja Kebun Ubi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis selesai mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak, semalam, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sumber berkata, polis pergi ke kebun ubi terbabit yang terletak di Kampung Klan Halt, Slim River petang semalam, selepas soal siasat terhadap suspek mendapati dia pergi ke kebun berkenaan dan beberapa lokasi lain sebelum kejadian berlaku.

“Polis ke kebun ubi berkenaan bersama suspek semalam dan mengambil keterangan daripada beberapa orang pekerja kebun yang terdiri daripada lelaki tempatan dan warga asing untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Semalam, media melaporkan sebuah kebun ubi menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

Siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan secara sambilan oleh suspek.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: Kes Bunuh Farah KartiniketeranganPekerja Kebun Ubipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd