• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

oleh Mohd Arshad
21/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : Seramai 23 lelaki termasuk pelajar sekolah terpaksa ‘menapak’ sejauh kira-kira tiga kilometer sambil menyorong motosikal selepas ditahan pada Op Samseng Jalanan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Pegoh, di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi dijalankan oleh 22 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dengan kerjasama lapan anggota dari JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan empat dari BSPT Jasin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, operasi dijalankan bermula jam 8.20 malam hingga 9 malam itu hasil aduan berkaitan kegiatan itu serta risikan.

Menurutnya, semua motosikal terbabit diiringi ke Balai Trafik Alor Gajah untuk diperiksa dan tindakan saman.

“Hasil operasi seramai lima remaja lelaki berusia 16 hingga 20 tahun terdiri daripada pekerja kilang, peniaga dan tiga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di daerah ini ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara secara berbahaya dan disyaki terbabit lumba haram.

“Semua mereka akan dilepaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai,” katanya dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, keseluruhannya 40 individu dan 34 motosikal diperiksa sepanjang operasi berkenaan dan sebanyak 142 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tidak pamer pelekat L, aksesori tidak sempurna dan ubah suai struktur dan ekzos.

Polis memaklumkan sebanyak 23 motosikal turut disita dalam operasi berkenaan.

Sementara itu, tular video berdurai 42 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal terpaksa berjalan sambil menyorong motosikal dari lokasi operasi ke Pejabat Balai Polis Trafik Alor Gajah.

-Berita Harian

Tags: lumba harampelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd