• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Farah Kartini: Kad Sim Suspek Dianalisis

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Bunuh Farah Kartini: Kad Sim Suspek Dianalisis
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR: Kad sim dipercayai digunakan anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisis,” katanya, hari ini.

Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses analisis ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

Untuk rekod, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan mangsa diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Tags: Farah KartiniKad Sim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

9 ‘Ulat’ Kad Sim Warga Asing Ditahan

9 ‘Ulat’ Kad Sim Warga Asing Ditahan

11/03/2025
0

Kuala Lumpur: Menjual kad sim yang didaftarkan atas nama individu lain, dengan sasaran 'pelanggan' adalah pelancong senegara yang baru tiba...

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

07/10/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd