• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April telah ditemukan di dasar laut hari ini, dengan kemungkinan terdapat sebuah lagi pesawat berdekatan, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penemuan itu susulan kemalangan pada April apabila dua helikopter JMSDF bertembung dan terhempas semasa latihan di luar Kepulauan Izu, mengakibatkan kematian lapan anak kapal.

Kementerian Pertahanan telah menugaskan Agensi Sains dan Teknologi Marin-Bumi Jepun (JAMSTEC) untuk menjalankan pencarian di laut dalam menggunakan kapal selam tanpa pemandu disebabkan kedalaman lokasi sekitar 5,500 meter, menurut penyiar nasional NHK.

Sehingga Jumaat, penyelidik tanpa pemandu JAMSTEC, Deep Tow, yang dilengkapi dengan sonar canggih dan kamera yang mampu meneroka kedalaman sehingga 6,000 meter telah menemukan satu daripada helikopter yang terhempas.

Pengenalan telah disahkan melalui padanan nombor pesawat.

Siasatan lanjut mendedahkan objek lain di kawasan berdekatan, dipercayai helikopter kedua yang hilang, kata laporan itu.

Pengesahan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan kebolehlaksanaan mengeluarkan bangkai berkenaan.

Kementerian Pertahanan akan menilai dengan teliti keadaan bawah air untuk memutuskan langkah seterusnya bagi operasi penyelamatan yang berpotensi, menurut NHK.

Bernama-

Tags: Bangkai Helikopterdasar lautMaritim Jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkai Helikopter Dibawa Ke PGU Subang, Dua Kru Dibenarkan Keluar Wad

Bangkai Helikopter Dibawa Ke PGU Subang, Dua Kru Dibenarkan Keluar Wad

17/07/2025
0

Iskandar Puteri: Bangkai helikopter AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, minggu lalu, dibawa...

Kelantan Draf Pindaan Enakmen Kawalan Hiburan

Bangkai 2 Helikopter Terbabit Nahas Selesai Dialih

25/04/2024
0

LUMUT: Bangkai dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini pada Selasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd