Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Jiran Terdengar Jeritan Mangsa...

SLIM RIVER - “Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong...

Akaun FB Dedah Gaya...

BANGKOK - Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan oleh pihak berkuasa Thai...

Pemilik Akaun FB Hina...

TAIPING - Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook (FB), ‘Tengku Badaruddin’ kerana menghina...

Bangga Dapat Kahwini Kekasih...

DUNIA akhir zaman. Ini yang dibanggakan oleh Jahed Choudhury, 24, apabila dia dan...

Bangkai 2 Helikopter Terbabit Nahas Selesai Dialih

LUMUT: Bangkai dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini pada Selasa lalu, selesai dialihkan dari lokasi kejadian, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, kerja-kerja pengalihan bangkai dan serpihan pesawat Fennec (M502-6) yang terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut dan pesawat HOM (M503-3) di Stadium TLDM Lumut selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.

Difahamkan juga, bangkai kedua-dua helikopter terbabit ditempatkan di satu kawasan khas dalam Pangkalan TLDM Lumut bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai TLDM, petang ini.


“Bangkai aset TLDM ini dikekalkan dalam pangkalan untuk memudahkan pemeriksaan dan berdasarkan kejadian, mungkin ada semak silang atau simulasi yang perlu dijalankan ke atas pesawat,” katanya.

Semalam, laporan menyebut laporan interim mengenai tragedi yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM itu akan disediakan dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh akan diterbitkan atau disediakan dalam masa sebulan.

Kejadian jam 9.32 pagi itu mengorbankan semua mangsa yang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori