• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kalau Ada Usul Tolak Blackrock Di Parlimen, Saya Akan Balik Rumah’ – Mythreyar

oleh AK-47
15/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
‘Kalau Ada Usul Tolak Blackrock Di Parlimen, Saya Akan Balik Rumah’ – Mythreyar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sokongan moral daripada orang ramai termasuk rakyat Palestin di bumi Gaza memberi semangat kepada aktivis, M Mythreyar, 46, untuk meneruskan mogok lapar yang dilakukan di hadapan Parlimen sejak Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mythreyar berkata, dia turut terharu dengan perkongsian ucapan terima kasih keluarga Roued dari Gaza yang dizahirkan menerusi hantaran di platform TikTok pada Jumaat.

Ujarnya, meskipun tindakan mogok lapar itu telah melebihi 100 jam, dia tetap akan meneruskan protes tersebut hingga kerajaan mendengar rayuannya agar tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock.

“Sokongan itu memberi tanggungjawab lebih berat lagi kepada saya sebab mereka, kanak-kanak Palestin dengan keadaan dibom sekeliling mereka, tetap ambil masa tulis nama saya beri sokongan, jadi itu menunjukkan mereka perlukan sokongan moral.

“Harapan saya untuk sekali seumur hidup, semua ahli Parlimen seramai 220 orang itu tolong lah bersatu hati tolak BlackRock, kalau ada usul seperti itu, saya akan balik rumah, itu sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di hadapan bangunan Parlimen pada Isnin.

Pada 5 Julai, media melaporkan Mythreyar mengumumkan rancangannya untuk melancarkan mogok lapar di hadapan Parlimen bagi membantah penjualan saham MAHB kepada syarikat berkaitan Blackrock.

Menurut Mythreyar, sepanjang melakukan protes selama lima hari itu, ramai datang mengunjunginya sebagai tanda memberi sokongan dalam usaha perjuangannya termasuk dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Mythreyar yang berasal dari Tanjung Malim, Perak mengakui ada dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya pada Rabu lalu untuk tidak melanjutkan protes tersebut terlalu lama kerana bimbang boleh menjejaskan kesihatannya.

“Sebelum ini dia (doktor) ada tanya, saya kata mungkin (teruskan mogok selama) seminggu atau dua minggu.

“Selepas dia bagi ‘drip’, dia sarankan saya supaya berhenti. Kandungan gula (dalam badan) saya sudah kurang, denyut jantung pun makin kurang,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: BlackRockmogok laparParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd