• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruhias Majlis Edar Dadah Diberkas

oleh AK-47
13/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Juruhias Majlis Edar Dadah Diberkas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taktik seorang juruhias majlis menjadikan kondominium mewah sebagai ‘stor’ untuk menyimpan pelbagai jenis dadah bernilai RM77,947 terbongkar susulan tangkapannya di Cheras, di sini, pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, lelaki warga tempatan berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari di kawasan tepi jalan sekitar Cheras.

“Kita turut merampas dadah kanabis anggaran berat 22,675 gram dan erimin 5 seberat 27.75 gram selain wang tunai RM3,000 dan sebuah kereta Honda Insight,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah kondominium di Kajang.

“Dalam serbuan itu, kita merampas dadah kanabis seberat 4,290 gram, sebuah kereta Mini Cooper dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard,” katanya.

Ujarnya, suspek yang bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini menjadikan kondominium mewah serta dikawal oleh pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah bagi mengaburi dan menyukarkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

“Suspek bekerja sendiri turut menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

“Bekalan dadah itu dipercayai diperolehi daripada pengedar tempatan di Kuala Lumpur untuk pasaran di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan lanjut mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah.

“Ujian urin mendapati suspek positif dadah benzo,” ujar.

Ravindar Singh berkata, suspek direman selama enam hari sehingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis turut mengalu-alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92050222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: dadahJuruhias Majlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd