• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

oleh Mohd Arshad
13/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul tidak didorong oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan itu sebaliknya menjelaskan Johari boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan kuasa yang dimilikinya, selain institusi Parlimen tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Pembangkang berhak menyuarakan pandangan mereka, tetapi pada masa sama perlu memahami keputusan yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Bersatu yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Machang 2024 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di Machang malam tadi.

Khamis lepas, Johari memaklumkan keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu selepas mengkaji semua perkara dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee melalui sepucuk surat bertarikh 9 Julai.

Pada 20 Jun lepas, Bersatu mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.

Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.

Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

-Bernama

Tags: KerajaankerusiSpeaker
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd