• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Bincang Pinda Akta Antilompat Parti

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
2
Kerajaan Sedia Bincang Pinda Akta Antilompat Parti
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, Pakatan Harapan pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan terhadap akta itu dibuat, namun ditolak kerajaan pada masa itu.

“Dahulu, kita cadang supaya mana-mana yang ditolak oleh parti, perlu ditolak (mengosongkan kerusi) tetapi tidak dipersetujui kerajaan ketika itu.

“Jadi, bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya sesiapa sahaja (tidak terkecuali jika lompat parti),” kata beliau kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, pada masa itu, PH mengusulkan supaya ahli Parlimen yang ditolak parti masing-masing, secara automatik kehilangan kerusi mereka, namun Bersatu menolak keras usul berkenaan.

“Sampai kita bertolak ansur dan jadi undang-undang sekarang. Jadi, kalau nak pinda kita boleh bincang,” kata Anwar.

Pada 20 Jun lepas, Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.

Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.

Bagaimanapun, Johari semalam menegaskan keputusan berhubung status enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah kekal, menyebabkan pembangkang keluar Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati.

Johari berkata, pihaknya telah membuat kajian sebelum memutuskan perkara terbabit dan membaca semua kenyataan mengenai Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

-Bernama

Tags: Akta Antilompat PartiKerajaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd