• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukti Bahaya Budaya Mengkafir – Menteri

oleh Mohd Arshad
09/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
3
Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukti Bahaya Budaya Mengkafir – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru adalah bukti jelas betapa bahayanya tindakan kafir mengkafir dan mendakwa akidah pihak tidak sempurna, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata berdasarkan soal siasat dengan suspek insiden serangan itu, suspek menganggap mereka yang bersolat di masjid kerajaan dan bersekolah di sekolah kerajaan sebagai kafir.

Sehubungan itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi membendung fahaman ekstrem yang boleh membawa ancaman keganasan supaya tidak tersebar luas di negara ini.

“Penyerang dan adik beradik tidak pergi sekolah sebab sekolah kerajaan (didakwa) kafir. Bila ada kefahaman begitu, dia anggap akidah dia saja sempurna, orang lain sebagai kafir, maka tidak pelik keluarga ini mewajarkan tindakan sedemikian (serangan).

“Keadaan ini harus kita bendung. Perbuatan kafir mengkafir sangat berbahaya dalam kehidupan kita,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai usaha kerajaan untuk menangkis ancaman bentuk baharu keganasan dalam negara.

Pada 17 Julai lalu, lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura.

Turut didakwa, tiga adik beradik lelaki yang ditembak mati 17 Mei lalu, iaitu abangnya Radin Romyullah Radin Imran, 34; kakaknya, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan adiknya, Mariah Radin Imran, 19.

Dalam kejadian serangan jam 2.45 pagi itu, tiga maut membabitkan dua anggota polis, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek berusia 21 tahun, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai langkah yang diambil bagi memperketat keselamatan di balai polis selepas insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Saifuddin berkata, ia dilaksanakan dengan lebih optimum dan PDRM bersiap siaga atas sebarang kemungkinan dalam membanteras kejadian pencerobohan atau tindakan luar jangka ke atas balai polis.

Katanya, PDRM juga memperketat semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman bagi mempertingkat kawalan keselamatan premis PDRM, merangkumi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan arahan pentadbiran semasa yang berkaitan.

“Selain itu, PDRM mengedarkan pekeliling pengurusan bertarikh 20 Mei 2024 kepada semua formasi PDRM untuk mempertingkat pemeriksaan keselamatan di semua premis polis bagi mengenal pasti kelemahan fizikal supaya tindakan segera dapat diambil, kawalan keselamatan balai dapat diperketat dan meningkatkan rondaan di kawasan balai polis.

“Ke arah memperkukuh tahap keselamatan dan penguatkuasaan di semua premis dan fasiliti milik PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan pasukan petugas bagi mengenal pasti dan melaksanakan proses pengisytiharan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) bagi premis dan fasiliti milik PDRM, khususnya balai polis di seluruh negara,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Budaya MengkafirSerangan Balai Polis Ulu Tiram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tertuduh Pertama Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Atas Pertuduhan Baharu

Tertuduh Pertama Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Atas Pertuduhan Baharu

02/09/2024
0

Johor Bahru : Tertuduh pertama membabitkan lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu, didakwa atas pertuduhan baharu...

5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

19/06/2024
0

Johor Bahru : Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lalu, didakwa di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd