• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Pertama Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Atas Pertuduhan Baharu

oleh Mohd Arshad
02/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Tertuduh Pertama Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Atas Pertuduhan Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Tertuduh pertama membabitkan lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu, didakwa atas pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dituduh memiliki sebuah buku bertajuk Hakikat Islam dan Hakikat Syirik oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman, berkaitan kumpulan pengganas, Islamic States (IS).

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana item.

Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan memfailkan pertuduhan baharu berkenaan dalam prosiding sebutan semula kes yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Radin Imran daripada pertuduhan keempat sebelum ini membabitkan tuduhan sama, atas alasan teknikal.

Hakim Rasidah Roslee membenarkan permohonan berkenaan sebelum pertuduhan baharu itu dibacakan terhadap tertuduh.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya menyatakan faham selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut membenarkan sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 24 September depan di Mahkamah Sesyen sama sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya memohon tarikh baharu sebutan semula kes sebelum ia dipindahkan, bagi serahan laporan pakar keganasan berikutan pihaknya memerlukan tempoh kira-kira sebulan lagi sebelum melengkapkannya.

Terdahulu, empat lagi tertuduh membabitkan isteri Radin Imran, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura, serta tiga adik beradik lelaki yang ditembak mati 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dengan kawalan ketat polis, kira-kira jam 8.40 pagi.

Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, memerintahkan seorang daripada lima ahli keluarga yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu, mendapatkan rawatan di hospital berikutan dikesan mempunyai simptom kemurungan.

Hakim Rasidah Roslee memutuskan demikian selepas peguam yang mewakili kelima-lima tertuduh, Faizal Rahman, membuat permohonan supaya tertuduh kelima, Mariah Radin Imran, 19, dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Pada 19 Jun lalu, kelima-lima tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan IS.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas semua sembilan pertuduhan dibacakan kepada semua tertuduh di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, ketika itu.

Radin Imran dilaporkan berhadapan empat pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam fahaman ideologi keganasan yang berkait, kumpulan IS.

Fahaman itu didakwa telah disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isterinya serta tiga anaknya yang lain.

Bagi pertuduhan kedua, Radin Imran dituduh memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas dengan menyimpan empat senjata api jenis senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas IS, dan didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dia dan anak sulungnya, Radin Romyullah, turut berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada IS dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakar Al-Baghdadi. Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Radin Imran turut didakwa memiliki buku bertajuk Hakikat Islam & Hakikat Syirik oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman yang berkaitan kumpulan pengganas IS, dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Radin Romyullah yang juga suspek kedua turut didakwa memiliki cakera keras yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan IS dan perlakuan pengganas, dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Bagi tertuduh ketiga hingga kelima, membabitkan Rosna; Farhah Sobrina dan Mariah pula, mereka didakwa sengaja tidak memberikan apa-apa maklumat berkaitan kesalahan dilakukan membabitkan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara antara tujuh tahun hingga 40 tahun atau denda atau kedua-duanya, dengan semua harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu hendaklah dirampas, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di sini, antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.

-Harian Metro

Tags: Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3 Peratus Khamis Ini

Next Post

Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi – Polis

Related Posts

Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukti Bahaya Budaya Mengkafir – Menteri

Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukti Bahaya Budaya Mengkafir – Menteri

09/07/2024
3

KUALA LUMPUR : Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru adalah bukti jelas betapa bahayanya tindakan kafir mengkafir...

5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

19/06/2024
0

Johor Bahru : Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lalu, didakwa di...

Next Post
Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi – Polis

Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd