• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata ahli sepatutnya mengenal pasti calon terbaik termasuk pemimpin muda yang mempunyai jiwa untuk turun ke lapangan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan masyarakat Melayu bagi memastikan kemenangan parti.

“Jangan bergaduh, jika tidak akhirnya ia (pemilihan calon) akan ke peringkat pusat untuk buat keputusan dan kemungkinan besar (pusat) akan tersilap pilih. Kalau kita di bawah ini sudah bergasak, macam mana masyarakat hendak menyokong kita, jadi itu yang saya tekankan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang Kali Ke-36 Tahun 2024 di Taiping, hari ini.

Johari berkata cadangan nama calon juga perlu dikemukakan lebih awal bagi memastikan calon lebih dikenali masyarakat.

Sementara itu, beliau berkata UMNO mengalu-alukan penyertaan semula bekas ahli, namun mereka perlu mengikut prosedur ditetapkan termasuk menjadi ahli biasa walaupun sebelum ini memegang jawatan dalam parti.

“Nak masuk kena berikrar ‘saya dengan ini berikrar bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya lompat sana, lompat sini’,” katanya ketika ditanya berhubung status Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara berkenaan akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.

Syed Abu Hussin antara enam Ahli Parlimen yang dibuang daripada Bersatu kerana memberi sokongan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

-Bernama

Tags: Ahli UMNOCalonUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd