• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Bakap: Polis Buka Lima Kertas Siasatan, Tahan Dua Lelaki

oleh Mohd Arshad
05/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRK Sungai Bakap: Polis Buka Lima Kertas Siasatan, Tahan Dua Lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL : Polis membuka lima kertas siasatan dan menahan dua lelaki berhubung kes membabitkan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata sejak 22 Jun hingga hari ini, pihaknya menerima lima laporan polis dan siasatan lanjut bagi semua laporan terbabit sedang dijalankan.

“Lima laporan dan lima kertas siasatan yang polis buka membabitkan dua kes merosakkan dan mencuri bahan kempen iaitu bendera dan kain rentang parti yang masing-masing disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, satu kes mengadakan kempen tanpa permit yang disiasat mengikut Seksyen 24(B)(3)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Dua kes lagi iaitu mengedarkan risalah dan menyebarkan maklumat yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 4A(1) AKPR 1954. Bagi dua kes ini, kita tahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun,” katanya pada sidang akhbar sempena PRK DUN Sungai Bakap di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, pihak polis mengeluarkan sebanyak 181 permit untuk kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik yang bertanding sejak 22 Jun hingga hari ini membabitkan 97 permit untuk Pakatan Harapan (PH) manakala selebihnya untuk Perikatan Nasional (PN).

Hamzah berkata, tiada sebarang permohonan permit yang ditolak sepanjang tempoh tersebut dan perjalanan kempen juga berjalan lancar dengan suasana aman, tenteram serta terancang tanpa sebarang kekecohan dari mana-mana parti bertanding.

Beliau menasihati semua parti politik yang bertanding agar memastikan semua aktiviti berkempen dihentikan pada 11.59 malam ini dan pihaknya akan memantau serta mengambil tindakan tegas sekiranya aktiviti kempen diteruskan selepas tamat tempoh berkempen.

“Kami mengucapkan jutaan terima kepada semua parti politik, penyokong dan masyarakat umum kerana mematuhi serta memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh berkempen di PRK DUN Sungai Bakap.

“Namun sekali lagi saya ingatkan supaya semua pihak yang terbabit supaya tidak menimbulkan isu-isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) dan melakukan sebarang provokasi sepanjang proses pengundian berlangsung esok,” katanya.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

-Bernama

Tags: Kertas SiasatanpolisPRK Sungai Bakap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd