• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Tahun Tambak Johor Perkukuh Semangat Kejiranan Malaysia, Singapura

oleh Mohd Arshad
28/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
100 Tahun Tambak Johor Perkukuh Semangat Kejiranan Malaysia, Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Sambutan 100 tahun Tambak Johor akan memperkukuh dan mengeratkan lagi semangat kejiranan di antara Johor, Malaysia dan Singapura.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata sambutan itu amat bermakna buat Malaysia dan Singapura kerana disambut selepas 100 tahun kewujudan Tambak Johor.

“Alhamdulillah hari ini kita lihat sendiri sambutan 100 Tahun Tambak Johor. Ia sangat signifikan untuk warga Johor, Malaysia dan Singapura.

“Kerajaan Johor menjunjung kasih ke atas keberangkatan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sudi mencemar duli menghadiri sambutan 100 Tahun Tambak Johor.

“Kita harap sambutan ini akan mengukuh dan eratkan lagi semangat kejiranan antara Johor, Malaysia dan Singapura,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, beliau dan delegasi kerajaan Johor akan menyertai sambutan rasmi 100 Tahun Tembak Johor di Singapura, tengah hari ini.

“Saya dan rombongan kerajaan Johor akan ke Masjid Teluk Belanga, Singapura untuk solat Jumaat.

“Selepas itu, ada satu program bersama Kerajaan Singapura di Woodlands Civic Centre untuk acara sambutan 100 Tahun Tambak Johor, di sana pula,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz dan semua barisan EXCO Johor melawat pameran 100 Tahun Tambak Johor di Muzium Tokoh, di sini.

Sebelum itu, Onn Hafiz dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menyambut Tunku Mahkota Ismail di titik sempadan Malaysia-Singapura bagi sambutan rasmi 100 Tahun Tambak Johor.

Sebanyak 100 burung merpati dilepaskan pada sambutan 100 tahun Tambak Johor yang diadakan di titik tengah sempadan Malaysia-Singapura di atas tambak berkenaan, hari ini.

Ia sebagai simbolik semangat setiakawan dan persaudaraan rapat antara Malaysia dan Singapura.

Pelepasan 100 burung merpati itu disempurnakan Pemangku Sultan Johor bersama Onn Hafiz dan Vivian.

Tunku Mahkota Ismail kemudian menyaksikan Onn Hafiz dan Vivian bertukar plak cenderahati kenangan membabitkan ukiran 100 Tahun Tambak Johor.

Hari ini Tambak Johor genap berusia 100 tahun, sekali gus secara simboliknya menandakan hubungan utuh satu abad antara dua negara berjiran yang hanya dipisahkan dengan tambak batuan granit sepanjang 1,056 meter.

Ia bukan sekadar penghubung antara Malaysia iaitu Johor Bahru dan Singapura, malah amat berjasa memudahkan jutaan rakyat kedua negara yang berulang-alik.

-Berita Harian

Tags: MalaysiaSingapuraTambak Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd